Nasabandi Jumat

Nasabandi bin Jumat ataupun dikenali menerusi dua nama pena iaitu Nasha Febians ataupun Bandi Amuk adalah seorang penyanyi di Malaysia. Pada awal kemunculan, beliau merupakan vokalis kepada kumpulan Rock Febians yang memenangi pertandingan Juara Rock 1983 dan album pertama ialah Febians (1988), diikuti 1001 Malam (1989), Satu Antara Sejuta (1991) dan Lang Buana (1994). Selepas itu beliau telah mengundurkan diri dan menubuhkan kumpulan yang beraliran muzik metal yang diberi nama Amuk. Album pertama "Tanpa Prejudis" diterbitkan pada tahun 1998.

Nasabandi Jumat

Pekerjaan Penyanyi
Pengkarya berkait Febians, Amuk
Instrumen Vokal
Juga dikenali sebagai Nasha Febians, Bandi Amuk
Genre Heavy Metal, Rock, Rock Balada
Tahun aktif 1983 - sekarang